Kempen Internet Selamat Di Sek Keb Tunku Intan Safinaz, Pendang
31 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniSeramai 601 orang murid tahap 1 dan tahap 2 telah menyertai sesi yang dikendalikan oleh 22 fasilitator dari NADI Yan, Pendang dan Alor Setar. Modul ini bertujuan mendidik para pelajar tentang penggunaan Internet secara selamat serta memberi kesedaran mengenai risiko media sosial, khususnya kepada mereka yang berumur bawah 13 tahun.Masih ramai dalam kalangan murid yang tidak menyedari bahawa had umur untuk menggunakan media sosial adalah 13 tahun ke atas. Maka, mereka dinasihatkan untuk menangguhkan penggunaan platform tersebut demi keselamatan dan kesejahteraan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: